KPJ Seremban Specialist Hospital — Saman Tunggakan

Tuan/Puan,

Saya, Yazrianty Binti Mohd Yatim ingin meluahkan sedikit ketidakpuasan hati dengan apa yang telah berlaku kepada saya dengan pihak KPJ Seremban. (saya telah pun membuat pembayaran tunggakan tersebut).

Pada hari ini, 2hb Julai 2021, saya telah menerima satu whatssap dari nombor[protected] dengan attachment surat saman dari AL Associates dengan jumlah RM560.

Apa yang saya kesalkan ialah pihak KPJ Seremban Specialist Hospital sepatutnya boleh menghubungi saya di nombor telefon yang diberikan di hospital sebelum menghantar surat saman seperti ini.
Saya tidak pernah menerima surat reminder kerana saya telah berpindah ke alamat lain di daerah lain. Pihak Hospital tidak pernah sekali pun menelefon untuk memberitahu saya tentang tunggakan ini sedangkan sebelum ini Dr Ishak yang merawat saya telah memberitahu segala kos perubatan saya ialah di cover oleh PMCARE.
Saya langsung tidak tahu menahu kerana selama ini setiap perubatan saya menggunakan PMCARE.

Sepatutnya jika tiada respon dari pihak saya melalui surat yang dihantarkan pihak KPJ Seremban boleh menghubungi saya melalui nombor telefon saya yang ada dalam data hospital.

Tindakan saman ini boleh mengaibkan saya sedangkan saya tiada niat untuk lari dari segala tunggakan.

Diharap pihak KPJ Seremban dapat membaiki dari segi servis kepada pelanggan seperti kes saya ini.

Sekian, terima kasih.
yanty yatim
Was this information helpful?
No (0)
Yes (0)
KPJ Seremban Specialist Hospital customer support has been notified about the posted complaint.
Complaint comments 

Post your Comment

    I want to submit Complaint Positive Review Neutral Comment
    code
    By clicking Submit you agree to our Terms of Use
    Submit
    KPJ Seremban Specialist Hospital
    customer care contact
    Customer satisfaction rating Customer satisfaction rating is a complex algorithm that helps our users determine how good a company is at responding and resolving complaints by granting from 1 to 5 stars for each complaint and then ultimately combining them all for an overall score.
    Read more
    53%
    Complaints
    15
    Pending
    0
    Resolved
    8
    KPJ Seremban Specialist Hospital  Phone
    +60 06 767 7800
    KPJ Seremban Specialist Hospital  Address
    Lot 6219 & 6220, Jalan Toman 1, Kemayan Square, Seremban, Malaysia - 70200
    View all KPJ Seremban Specialist Hospital contact information